CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

my lovely son

CafeMom TickersCafeMom Tickers

Monday, March 30, 2009

VEI Dalam Kenangan


pejam celik pejam celik..lagik sehari jek tya akan keje kat VEI..tempat yang banyak bagi tya pengalaman..tempat yang tya tak mungkin lupekan..sungguh banyak kenangan..suka duka..pahit manis yang telah tya tempuh selama 4 thn bekerja...tya ingat lagik first day tya keje..

Masa tu memang zero tak tau ape2..takde pengalaman kerja..pg interview tu pun saje nak cari pengalaman sementara untuk tunggu keputusan SPM..tawakal jek pg interview time tuh..dapat ke tak belakang cter..sebab nak carik duit sendiri..tya tekad jugak...

Alhamdullilah...belum pun sempat melepaskan lelah selepas balik dari interview..tya dapat call dari Management VEI.. suh tya dtg keje hari isnin..wah.. time tu tuhan jek tau..teruja..yela first time nak keje..excited memang tak hengat..;P

Dari situ bermula la satu fasa baru dalam hidup tya..tya tak lagik pelajar sekolah..tya dah masuk satu fasa yang baru....tak lagik pakai baju sekolah..bawak beg galas, bawka buku kat tangan..
Malam sebelum masuk kerja tu..sibuk duk belek almari..baju ape la yang nak pakai..memang time tu nampak skema..tak tau make up..tak tau nk dress up..tya pakai spec lagik..memang skema..hik hik hik...

Nak dijadikan cerita.. tya pg keje naik bas..memang kuar awal gler la..sebab kene trasit bas plak di pekan rawang tu..penat jugak la..tpi nak buat mcmner kan..tekad jgk.....
Ade satu kes yang amat memedihkan hati.. selepas beberape bulan tya naik bas..adela sorang kakak ofc tu offer tya naik kete ngan die setiap hari..umah die pun tak la jauh dari umah tya..so tya pun hari2 tumpang akak ni....akak ni senior la kat situ..

Sementara tu tya ambik study part time di Secretarial Centre Kuala Lumpur..Balik dari keje pukul 6, tya pg plak belajar di KL..setiap hari balik lambat.. around pukul 11 malam baru la sampai umah..fuh memang penat..tp takpe untuk mase depan tya gagahi jua..Hasil usaha dapat habis study dalam bidang setiausaha..alhamdullillah..

then dari kerani biase tya di offer oleh Dato' Rahim untuk keje sebagai Setiausaha....bile je tau tya dapat offer sebagai secretary..akak ni mcm jeles sikitla..sebab sebelum ni kan ape2 pun die yang handle..diela secretary dato'...mule2 tya tak tau langsung yang die ambik hati pasal semua ni..tibe satu mase baru la tya tau..mulai dari hari tu..balik dari keje die tinggalkan tya sorang2 kat ofc..yela sebelum ni kan balik ngan die..hari2 die tinggalkan tya terkapai2..huhuuhuh..

Balik umah tya menangis2 tak henti2...rupenye tak semua hati manusia ni ikhlas..tya tak expect langsung akak nie macm tu..then, malam tu jugak tya msg akak tu..tya naik bas je la..balik mcm dulu..tkpela penat pun ..janji tak menyusahkan org...Selama dua tahun jugak la tya ulang alik pergi kerja naik bas..ALhamdullilah sgt..Allah murahkan rezeki..selepas 2 tahun tya kerja kat VEI, tya dapat pakai kete tya sendiri..tya beli kete.."bile kite sabar, ikhlas insyaAllah Allah akan permudahkan rezeki kite.."..

Pengalaman paling manis tya di VEI..time tya dipertemukan dengan suami tya sekarang..First time jumpe die time die dtg kat VEI interview..Cinte pandang pertama...hehe..ingat lagik tya buatkan air nescafe 3 in 1 kat die..mule2 malu je die..ekekkee ;P..Selama 3 tahun berkawan akhirnye ke jinjang pelamin..alhamdullilah..

Esok Last tya keje kat VEI..sedih sgt nak tinggal kan semua..kawan2 yang dah mcm keluarga sendiri selalu breakfast same2, lunch same2..nanti semua tinggal kenangan...Kawan2 doakan tya baik2 aje di tempat baru..harap2 tya dapat member ofc mcm u all jugak.. yang gler2..kenangan bersame u all tak akan tya lupekan....hermmm tak dapatla lagik kite nak gosip2 lagi..huuhuhuhu

Pade Dato, Thanks bagi peluang timba pengalaman..pengalaman paling berharga..=(













Tanggungjawab Suami & Isteri

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1.Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi.Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab.Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.

2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.

3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian,tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak.Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang mewah (luxury)yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu.Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalahlebih baik dan lebih utama.

4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak mengadu dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik,pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu.

6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah,merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua
adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.

8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan di-bebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara automatik berlakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga.

9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak azali lagi, terimalah seadanya.

10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.

11.Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar memahamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya.Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan
bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.

13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungutan dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri hanya senyap berdiam diri.Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri,

"Sedangkan Sayidina Umar se-bagai khalifah pun isterinya merungut."Keesokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa mendiam- kan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab,
"Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku."

14. Suami sentiasa kasih kepada isteri

. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian.Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang suami mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa
seorang isteri.

15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yangmereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi.Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri.Mereka adalah golongan yang perlukan perlindungan,maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.

16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersamadan sembahyang berjemaah bersama.

17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir,namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermatlamatkan Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup bersama Tuhan.

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagaiseorang isteri terutamanya terhadap suami.

2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.

3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan.Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.

4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami.Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.

5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan.

6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.

7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak,suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.

8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,
boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.

9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.

10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu dirumah lebih-lebih lagi di luar rumah.

11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan.Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari bekalan taqwa.

12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.

13.Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.

14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding kesilapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim-
nya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.

15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW.

16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakansuami serta tanda merendah diri kepada suami.

17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan sendiri.

18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

Ciri Wanita Solehah Pilihan Lelaki



Ciri wanita solehah idaman lelaki

MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada.” (Riwayat A-Tabrani)

Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.

Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Satu lagi ciri dalam memilih calon isteri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah.

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.” (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.

Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis di atas.

Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.

Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang.”

Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Su’bah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, “Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang.” (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).

Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.

Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu.

Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.

Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.

Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin).”

Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.

Selain wanita beragama dan memiliki kecantikan, soal mas kahwin perlu diambil kira. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya).”

Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.

Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul!” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga.

Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.

Wanita idaman yang disukai oleh ajaran Islam, ialah wanita yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai menguruskan rumah tangga termasuk menjaga hak dan harta suami, sayang terhadap anak-anak dan pandai pula mendidik mereka. Kasih seorang ibu bukan hanya melayani kehendak anak semata-mata, malah perlu memberikan didikan sempurna khususnya didikan agama.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan, jika wanita yang dikahwini mempunyai ciri atau faktor seperti dibincangkan, sementara suami pula ialah lelaki beragama dan benar-benar mengamalkannya, insya Allah, rumahtangga yang dibina tiada banyak halangan untuk memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

Sumber : Dari sahabat kepada sahabat...

Followers